Kehadiran Wan Embong kurang disenangi oleh madu pertamanya Seri (Vanidah Imran). Walau bagaimanapun, madu keduanya iaitu Cempaka (Izreen Azminda) gembira menerimanya sebagai madu ketiga. Seri sering bersikap dingin dengan Wan Embong, apatah lagi apabila melihat Cempaka semakin rapat dengan madu mereka itu.
Cempaka selalu membawa Wan Embong berjalan-jalan sekitar kampung untuk menenangkan hatinya. Suatu hari ketika bersiar-siar, Wan Embong bertemu dengan seorang jejaka tampan bernama Ali. Wan Embong semakin rapat dengan Ali dan Cempaka pula menyokong hubungan mereka berdua.
Hubungan Wan Embong dan Ali semakin intim dan Cempaka pula sering menemani mereka sambil merahsiakan pertemuan pasangan ini daripada orang lain terutamanya Seri. Namun, setelah sekian lama, akhirnya Omar menghidu hubungan sulit isteri ketiganya itu. Tanpa soal selidik, Omar telah memukul kedua-dua mereka dengan teruk sekali.
Siapakah dalang yang telah memberitahu Omar tentang perkara ini? Siapakah musuh sebenar Wan Embong? Adakah ianya Seri ataupun Cempaka? Bagaimana pula nasib yang menimpa Wan Embong dan Ali?
Pelakon: Neelofa, Faizal Hussein, Dato’ Rahim Razali, Vanidah Imran, Johan As’ari dan Izreen Azminda.