Showing posts with label Cerekarama. Show all posts
Showing posts with label Cerekarama. Show all posts
Sinopsis: Reza, Arman Dan Bill berkisar mengenai seorang pemuda, Reza yang terlalu mencintai dunia bola sepak. Hari-harinya tidak akan pernah lengkap jika tidak membincangkan mengenai dunia bola sepak. Dia juga seorang pemain amatur yang hebat terutamanya futsal.
Namun setelah dia dicederakan oleh musuhnya iaitu Arman, dia tidak mampu untuk bermain bola sepak lagi. Perasaannya untuk terus bermain bola juga lenyap, lebih-lebih lagi sering kali diganggu oleh Arman dan kawan-kawannya yang mengatakan dia seorang kaki bangku.
Pada suatu hari, Reza dibuli dengan teruk sehingga seorang pemain bola sepak yang menyedari insiden itu datang menyelamatkannya lalu menghadiahkan sepasang kasut bola buat Reza. Kasut itu dikatakan mampu membantu Reza bermain kembali. Dengan syarat, kasut itu harus dijaga dengan baik dan tidak boleh hilang kerana ia akan menentukan nasib Reza.
Pelakon: Syafie Naswip, Aedy Ashraf, Fimie Don, Mawar Rashid, Kamarul Hj Yusuff, Ku Fridah dan ramai lagi.
2/22/2016
Mengisahkan sebuah keluarga hartawan perkapalan yang mempunyai seorang anak tunggal yang sedang belajar di universiti iaitu Zulfa, dilanda kejutan tentang pewarisan harta dan juga aset perniagaan.
Pelakon: Kamal Adli, Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Nazeera Sardi, Kamal Sumbu dan Samsul Shahrom
1/31/2016
Kehadiran Wan Embong kurang disenangi oleh madu pertamanya Seri (Vanidah Imran). Walau bagaimanapun, madu keduanya iaitu Cempaka (Izreen Azminda) gembira menerimanya sebagai madu ketiga. Seri sering bersikap dingin dengan Wan Embong, apatah lagi apabila melihat Cempaka semakin rapat dengan madu mereka itu.
Cempaka selalu membawa Wan Embong berjalan-jalan sekitar kampung untuk menenangkan hatinya. Suatu hari ketika bersiar-siar, Wan Embong bertemu dengan seorang jejaka tampan bernama Ali. Wan Embong semakin rapat dengan Ali dan Cempaka pula menyokong hubungan mereka berdua.
Hubungan Wan Embong dan Ali semakin intim dan Cempaka pula sering menemani mereka sambil merahsiakan pertemuan pasangan ini daripada orang lain terutamanya Seri. Namun, setelah sekian lama, akhirnya Omar menghidu hubungan sulit isteri ketiganya itu. Tanpa soal selidik, Omar telah memukul kedua-dua mereka dengan teruk sekali.
Siapakah dalang yang telah memberitahu Omar tentang perkara ini? Siapakah musuh sebenar Wan Embong? Adakah ianya Seri ataupun Cempaka? Bagaimana pula nasib yang menimpa Wan Embong dan Ali?
Pelakon: Neelofa, Faizal Hussein, Dato’ Rahim Razali, Vanidah Imran, Johan As’ari dan Izreen Azminda.
11/23/2015
Cerekarama sempena sambutan Maulidur Rasul berjudul Pintu Lain Ke Syurga akan menemui penonton Sabtu ini, 11 Januari di TV3.
Telefilem lakonan Remy Ishak, Amyza Aznan dan Fizz Fairuz. Cerekarama: Pintu Lain Ke Syurga Jam : 10.00 malam Tarikh : Sabtu, 11 Januari 2014
Pelakon: Remy Ishak, Amyza Aznan, Fizz Fairuz, Aida Khaleda, Datuk Ahmad Tarmimi, Leez Rosli
1/13/2014




