Mentor Milenia, sebuah rancangan realiti hiburan terbaharu, yang menampilkan Mentor Azlan, Akim, Hazama dan Black serta perjalanan mereka memilih dan mengajar protégé mereka untuk menjadi seorang bintang.
Protégé mereka mestilah dalam lingkungan 17-21 tahun dan mempunyai ciri-ciri menjadi seorang penghibur yang berjaya.
Saksikan konsert pengenalan pertama untuk mentor Azlan dan Black bagi menentukan siapakah dua antara tiga yang terbaik untuk menjadi protege mereka.

Sinopsis: Reza, Arman Dan Bill berkisar mengenai seorang pemuda, Reza yang terlalu mencintai dunia bola sepak. Hari-harinya tidak akan pernah lengkap jika tidak membincangkan mengenai dunia bola sepak. Dia juga seorang pemain amatur yang hebat terutamanya futsal.
Namun setelah dia dicederakan oleh musuhnya iaitu Arman, dia tidak mampu untuk bermain bola sepak lagi. Perasaannya untuk terus bermain bola juga lenyap, lebih-lebih lagi sering kali diganggu oleh Arman dan kawan-kawannya yang mengatakan dia seorang kaki bangku.
Pada suatu hari, Reza dibuli dengan teruk sehingga seorang pemain bola sepak yang menyedari insiden itu datang menyelamatkannya lalu menghadiahkan sepasang kasut bola buat Reza. Kasut itu dikatakan mampu membantu Reza bermain kembali. Dengan syarat, kasut itu harus dijaga dengan baik dan tidak boleh hilang kerana ia akan menentukan nasib Reza.
Pelakon: Syafie Naswip, Aedy Ashraf, Fimie Don, Mawar Rashid, Kamarul Hj Yusuff, Ku Fridah dan ramai lagi.
Di kampung, Kak Marr membuka sebuah gerai makan yang mendapat sambutan dan terkenal dengan Mee Udangnya. Kecantikan Kak Marr juga membuatkan seorang duda bernama Zolkifli (Redza Rosli) jatuh cinta tapi seringkali terlepas peluang untuk menyatakan rasa hatinya kepada Kak Marr.Sinopsis penuh Kak Marr
Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua.
Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Sinopsis penuh
Namun setelah meningkat usia, Kak Marr mengambil keputusan untuk bersara dan pulang ke kampungnya.
Di kampung, Kak Marr membuka sebuah gerai makan yang mendapat sambutan dan terkenal dengan Mee Udangnya.
Kecantikan Kak Marr juga membuatkan seorang duda bernama Zolkifli (Redza Rosli) jatuh cinta tapi seringkali terlepas peluang untuk menyatakan rasa hatinya kepada Kak Marr. Sinopsis penuh Kak Marr
Protégé mereka mestilah dalam lingkungan 17-21 tahun dan mempunyai ciri-ciri menjadi seorang penghibur yang berjaya.
Saksikan konsert pengenalan pertama untuk mentor Azlan dan Black bagi menentukan siapakah dua antara tiga yang terbaik untuk menjadi protege mereka.
Dengan kesibukannya, Reffa dan Riyana berasakan mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang.
Meningkat dewasa, Reffa dan Riyana buat hal sendiri. Datin Rahmah kian dimamah usia dan mula menagih kasih sayang anak-anaknya.
Datin Rahmah berasa sunyi dari kasih sayang anak-anaknya, Reffa dan Riyana meskipun mereka tinggal serumah.
Setiap pagi Datin akan bersarapan seorang diri. Biarpun Reffa bekerja di syarikatnya namun Reffa sangat jarang untuk pergi kerja bersama-sama Datin.
Riyana pula sering sahaja tersalah memilih rakan sejak dari zaman sekolah sehingga kini.
Mengisahkan tentang pergolakan emosi dan rohani Kang Ye Jun (Nazim Othman), seorang mahasiswa separa Korea di mana dia sering mendapat mimpi serupa yang bakal membawanya lebih dekat dengan cinta kepada Tuhan.
Kehilangan ayah sejak kecil menjadi misteri buat Kang Ye Jun. Ibunya banyak berahsia hingga menyebabkan Kang Ye Jun keliru mengenai dirinya. Namun segalanya berubah apabila dia menemukan sekeping gambar lelaki berkopiah yang disorokkan ibunya. Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah ayahnya dan beragama Islam. Lantaran itu, dia mula menjejak ayahnya. Dia nekad berhijrah dari Korea ke Malaysia untuk pencariannya itu. Berjayakah dia?