Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts
Desas desus kencang mengatakan bahawa pelakon Ayda Jebat merupakan punca kepada perpisahan kepada pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Fathia Latiff baru-baru ini.

Bagaimanapun, reaksi pelantun Siapa Diriku terkejut kerana tidak pernah mengetahui akan dikaitkan dengan hal tersebut dan menyifatkan perkara tersebut sebagai satu kontroversi yang merepek.

“Saya tak tahu dan tak pernah menghubungi dia (Aiman). Lagipun tak pernah simpan nombor telefonnya. Saya kenal dia (Aiman) sewaktu menjalani penggambaran drama Isteri Separuh Masa dan setakat itu sahaja. Tapi apa yang boleh saya cakap dia seorang artis yang sangat professional, dan sangat baik”

“Perkara ini sangat merepek. Ada yang suarakan pendapat mereka untuk saya mempunyai teman lelaki supaya saya tak dikaitkan lagi dengan mana-mana artis lelaki tetapi bagi saya itu tidak kerana terpulanglah pada mereka bagaimana mahu mengendalikan sesuatu keadaan,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Top 5 Anugerah MeleTOP ERA 2016.

Sementara itu, Ayda Jebat telah menerima pencalonan yang paling banyak dalam Anugerah MeleTOP ERA 2016 antaranya ialah kategori Pelakon MeleTOP, Lagu MeleTOP, Drama MeleTOP, dan Penyanyi MeleTOP.

Penyanyi Aisyah Aziz terkilan apabila dilabel sebagai kafir oleh salah seorang pengikut laman sosial Instagram gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakannya mewarnakan rambut.

Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz, 22, berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku tambahan pula ia dilakukan secara terbuka dan berniat jahat.

"Pada saya tindakan individu berkenaan melabel saya sebagai kafir gara-gara warna rambut saya adalah perbuatan melampau dan siapa dia untuk berkata demikian?

"Kata-kata itu pula dibuat secara terbuka dan sekiranya saya hina dimatanya, apa bezanya dia dengan saya," katanya kepada mStar Online.

Aisyah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penerimaan peminat terhadap imej terbaharunya itu ketika ditemui di acara Anugerah Juara Lagu 30 (AJL 30) di Stadium Malawati Shah Alam di sini, Ahad lalu.

Dalam pada itu, Aisyah berkata, biarpun kata-kata negatif sesetengah pengikut laman sosial tidak memberi kesan kepadanya namun dia mengambil keputusan untuk membalas kata-kata individu berkenaan.

Kata Aisyah, dia perlu berbuat demikian kerana tuduhan dilempar terhadapnya berat selain ia melibatkan agama.

"Saya memberitahunya bahawa saya ada kenalan yang mempunyai tatu di badannya namun hatinya lebih mulia daripada dirinya.

"Pada saya perkara melibatkan agama jangan cakap begitu kerana ia tuduhan yang berat dan ada caranya jika hendak menegur sesuatu perkara," katanya.

Tambah Aisyah lagi, sejak menukar imej rambutnya dia banyak menerima mesej peribadi di Instagram daripada peminat yang menasihatinya dan dia menerima dengan baik.

"Saya bukannya tidak boleh terima nasihat tetapi biarlah dengan cara betul. Saya hormat dengan peminat yang mesej saya secara peribadi untuk nasihat dan saya terima malah membalas kembali," ujarnya.

Sementara itu, Aisyah berkata, selain komen negatif dia juga banyak menerima pandangan positif daripada peminat berhubung imej terbaharunya itu.

"Sebenarnya penerimaan peminat lebih banyak yang positif daripada negatif dan peminat hari ini lebih terbuka. Yang tidak suka itu cuma segelintir sahaja," katanya.

Dalam perkembangan lain, Aisyah berkata, dia berhasrat untuk menghasilkan sebuah single duet bersama abangnya, Aliff Aziz dan berharap ia akan terlaksana.

Melalui perkongsian di laman Instagram, Dato’ Siti Nurhaliza telah membuka cerita sebenar mengenai kehamilannya. Menurut Siti, kandungannya itu hanya sempat bersamanya untuk dua (2) bulan sahaja sebelum mengalami keguguran.
“Bismillahirahmannirohhim … Tanggal 1hb Dec… Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang. Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct”

“Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut, kerana Anugerah ini terlalu baru dan ‘FRAGILE’ untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai”

“Ternyata, Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya,” memetik luahan hati penyanyi ini di Instagram.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai peminat Siti berdoa agar penyanyi kesayangan mereka kuat menghadapi dugaan. Semoga Dato’ Siti Nurhaliza tabah mengharungi dugaan ini kerana sesuatu yang terjadi, pasti ada hikmahnya.

Jenazah pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nesam, Bintong, Perlis kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Allahyarham Yus, 39, sebelum itu tiba di kampung halamannya sekitar jam 11.45 pagi sebelum disembahyangkan selepas solat Zohor di Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam.

Dianggarkan lebih 3,000 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan kenalan artis dan peminat dari seluruh negeri Perlis kelihatan membanjiri kawasan masjid dari 10 pagi untuk menantikan ketibaan jenazah.

Antara kenalan artis dan juga pelawak serta pelakon seperti Achey, Angah, Atu, Tauke, Hairi Safwan dan Akim AF turut menghadiri majlis pengkebumian itu.

Pemenang tempat pertama program Raja Lawak musim pertama ini menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 12.15 malam sewaktu perjalanan ke Hospital Selayang selepas dilaporkan terkena serangan sawan dan seterusnya tidak sedarkan diri.

Ketika tiba di bahagian Zon Merah, Unit Kecemasan, pihak doktor mengesahkan Yus Jambu telah pun meninggal dunia. Menurut rakan serumahnya seperti yang dilaporkan Berita Harian Online, Allahyarham Pak Yus sebelum ini pernah mengalami masalah jantung dan kecing manis.

Sumber Video: Harian Metro

Dalam status terbaru menerusi Facebook tengah malam ini, Afdlin Shauki telah menyampaikan berita mengejutkan apabila Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39 telah meninggal dunia.

Punca dan sebab Yus Jambu meninggal ini masih belum diketahui dan berita sedih ini sangat mengejutkan ramai pihak ketika ini. Al-fatihah dan takziah buat keluarga Yus Jambu.

UPDATE-1: Maklumat awal mengatakan Yus Jambu meninggal dunia sebab sesak nafas di Hospital Selayang.

UPDATE-2: Yus Jambu mengalami sesak nafas ketika sedang memandu pulang selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

UPDATE-3: Yus Jambu telah dikejarkan ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.15 tengah malam tadi.

Sedang dikemaskini....
Tahniah kami ucapkan kepada Fouziah Gous dan suami, Zafran kerana telah selamat bergelar ibu dan bapa kepada anak pertama mereka pada 11.40 pagi tadi, di sebuah hospital swasta di Shah Alam. Menurut suaminya, Fouziah dan bayi kini berada dalam keadaan sihat.

Berita Fouziah yang melahirkan anak pertama tersebut dikongsikan bersama di laman Instagram dan turut diikuti dengan ucapan tahniah serta doa terbaik daripada peminat mereka. Fouziah dan suami masih merahsiakan jantina anak mereka.
Semoga kehadiran anak pertama mereka ini akan menambah lagi keceriaan dan kebahagiaan keluarga ini. Meriah juga bulan November tahun ini dengan kelahiran cahaya mata oleh beberapa selebriti lain sebelum ini.
Tahniah kami ucapkan kepada pelakon jelita, Maria Farida kerana telah diijabkabul bersama Datuk Rahman yang juga merupakan kawan baiknya.

Pernikahan Maria Farida dan Datuk Rahman juga telah dikongsikan oleh Fasha Sandha melalui akaun Instagramnya. Selain itu, ada juga rakan artis lain yang turut hadir dalam majlis pernikahan Maria Farida dan Datuk Rahman.

Semoga perkahwinan Maria Farida dan juga suami akan kekal bahagia dan sentiasa dipermudahkan segala urusan. Apatah lagi anak-anak Datuk Rahman sendiri sudah biasa dan boleh menerima Maria sebagai ibu baru mereka.

Kami kongsikan beberapa gambar di majlis pernikahan Maria Farida dan Datuk Rahman yang diadakan dengan suasana sederhana dan dihadiri rakan terdekat.
Jika sebelum ini, penyanyi tersohor lagi diminati peminat setianya iaitu Dato’ Siti Nurhaliza enggan mengulas lanjut mengenai kehamilannya namun dalam gambar terbarunya ketika ketika mempromosikan Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) sudah jelas menunjukkan perubahan pada perutnya.

Menurut sumber, berita kehamilan Siti disahkan oleh keluarga terdekat penyanyi itu apabila menyatakan kandungannya kini sudah memasuki enam minggu. Berita kehamilan Siti mula menjadi bualan apabila penyanyi Hetty Koes Endang mengusap perutnya semasa konsert Satu Suara Volume 2, di Istana Budaya minggu lalu.

Siti sebelum ini turut memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung. Selain itu, Siti juga menyatakan bahawa dia akan memberitahu perkara berkenaan apabila dia sudah bersedia nanti.

Semoga kesihatan Siti terjaga dan dipermudahkan segala urusan. Peminat sehingga kini masih tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada penyanyi tersebut melalui komen yang ditinggalkan di laman sosial.

Mengakui kehadiran cahaya mata kedua sebagai kehidupan baru buat pasangan ini, Farid Kamil dan juga Diana Danielle memilih nama Nur Aurora kerana bersesuaian dengan waktu dia dilahirkan.

“Kami sama-sama pilih nama dengan mencari maksud yang sesuai. Memandangkan bayi dilahirkan pada waktu subuh, jadi kami memilih nama Nur Aurora yang bermaksud cahaya fajar sesuai dengan waktu yang dilahirkan”

“Sememangnya saya bersyukur dengan kehadiran Aurora dan kami perlu sama-sama menguruskannya dan menjadi satu benda yang cukup menarik,” jelas Farid kepada portal Media Hiburan.
Umum mengetahui bahawa Diana Daniella melahirkan bayi kedua mereka dengan teknik bersalin dalam air pada 19 November lalu pada pukul 4.05 minit pagi. Selain itu, Farid juga akan menjada Diana sepanjang tempoh isterinya itu berpantang.

Farid dan Diana akan berkongsikan gambar cahaya mata kedua mereka apabila bersedia kelak.