,

Tundukkan Playboy Itu, Akasia TV3

Drama Tundukkan Playboy Itu akan menggantikan Cinta Si Wedding Planner. Drama adaptasi novel ini menampilkan pelakon-pelakon yang hebat. Drama Tundukkan Playboy Itu mengisahkan Harraz Naufal yang meminati perempuan yang cantik dan seksi sahaja. Dia tidak suka dengan perempuan yang bertudung.

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung, Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya muslimah, entah macam mana tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. Semua pekerja Harraz, tidak memakai tudung dan nampak seksi. Kalau pekerja Harraz nampak pelik dengan Nurin, apatah lagi Nurin.


Dalam temuduga, Harraz meminta Nurin membuka tudung jika ingin bekerja di syarikatnya.Bagi Nurin itu permintaan yang minta gigi kena terajang, Okey. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai untuk dia. " Moga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti".

Mendapat tahu Nurin ditolak mentah-mentah. Tan Sri memberi warning kepada Harraz. Nak tak nak, Nurin diambil bekerja di syarikat beliau. Memang teruk Nurin kena buli, Suka hati je mamat tu nak bagi keja yang bukan skop kerja Nurin. Namun, Nurin bukan lemah seperti disangka. Bagaikan dimakbulkan doa Nurin itu, Hanya kerana mata, Harraz terpaut pada model misteri yang bertudung,Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya. Datang pula Mama Harraz dengan satu permintaan yang sukar pada Nurin Tunddukkan Harraz, Tundukkan Playboy itu. Tapi Nurin tak perlu tundukkan dia, Harraz yang tertunduk sendiri.

Bila Harraz ke UK, Harraz diuji dengan sesuatu yang menyentuh hati. Apa yang berlaku?

Pelakon: Hafidz Roshdi, Uqasha Senrose, Alif Satar, Ridzuan Hashim, Mawar Rashid, Marisa Yasmin, Maria Farida, Navilya Husna, Ziha Salleh, Faradiella Mokhtar, Shaza, Faris Zoren, Nazmi Nordin, Amylia.