Isteri Untuk Dijual (2015)

Reza telah jatuh cinta dengan Bella. Di mata Reza, Bella seorang wanita yang cantik, comel dan jujur, pendek kata segalanya sempurna.

Selepas Bella berjaya menjadi model di bawah syarikat Reza, mereka telah berkahwin.

Namun impian untuk mempunyai rumah tangga yang indah tidak kesampaian apabila Bella mula menunjukkan sikap sebenarnya sehinggakan Reza mula merancang untuk meminta rakan baiknya Adi untuk menggoda Bella agar isterinya itu meninggalkannya.

Pelakon : Nora Danish, Kamal Adli, Azwan Kombos, Abam