,

Inikah Cinta (2016) Slot Dahlia TV3


Drama Inikah Cinta akan menggantikan drama Anakku Diva di slot Dahlia TV3. Menampilkan Niezam Zaidi dan Farah Nabila sebagai pelakon utama. Diarahkan oleh Ahmad Khalid Ahmad. Drama terbitan Uniutama Management Holdings Sdn Bhd ini bakal disiarkan bermula 31 Januari 2016 pada setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 6.58 petang di TV3.

Drama bersiri genre romantik komedi ini mengisahkan seorang pemuda bernama Muammar (Niezam Zaidi) yang ingin bercinta dengan seorang gadis bernama Rose (Farah Nabila) tetapi diberikan syarat oleh gadis tersebut untuknya mencari 3,000 kuntum bunga. Dalam usahanya memenuhi permintaan Rose, Muammar menghadapi pelbagai kisah lucu dan romantik.

Tonton Inikah Cinta (2016) Slot Dahlia TV3 Online