Tonton Ammara Batrisya Episod 12 Online

TV9-img_ammara_341092394 Ammara Batrisya menceritakan mengenai kehidupan dua sisi berbeza dua wanita, Ammara dan Batrisyia. Ammara (Umie Aida) seorang gadis penuh misteri yang sedari kecil hidupnya dibaluti duka. Dia kehilangan kedua ibu-bapanya sejak kecil dan dibesarkan oleh mak ciknya di Australia. Ammara selain sukar ditafsir perlakuannya, dia juga dilihat terlalu obses dengan Batrisyia (Erra Fazira), seorang selebriti popular yang menempa nama menerusi bidang pengacaraan.

Batrisya mempunyai personaliti menarik selain daripada menyimpan impian untuk menubuhkan sebuah yayasan bagi membela nasib wanita-wanita yang tidak bernasib baik. Kerana terlalu obses dengan Batrisyia, Ammara cuba untuk mendekatkan dirinya kepada Batrisya dalam apa cara sekalipun. Satu insiden akhirnya telah menemukan mereka dan membuatkan mereka menjalinkan persahabatan tanpa Batrisyia sedar, Ammara seakan-akan cuba mengawal kehidupan dan menjadi seperti Batrisya.